Kita sedia maklum baru-baru ini Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik, telah meletakkan jawatan dan selama itu tiada siapa memangku jawatan tersebut sehingga kini.

Terbaru, Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad, membuat kenyataan akhbar bahawa dia akan memangku jawatan Menteri Pendidikan setelah dipersetujui oleh Jemaah Menteri pada 8 Januari lalu.

“Jemaah Menteri pada 8hb Januari telah bersetuju agar jawatan tersebut dipangku sementara oleh YAB Perdana Menteri Tun Dr Mahathir bin Mohamad,” tulisnya di akaun rasmi Facebook Tun Mahathir.

“Keputusan ini berkuatkuasa pada 3hb Januari 2020 dan Dr Mahathir akan memangku jawatan tersebut sehingga Menteri Pendidikan yang baharu dilantik,” jelasnya.

Pelbagai reaksi diterima oleh warga laman sosial berikutan kenyataan terbaru itu.

Sumber: FB rasmi Tun Dr Mahathir