Penganugerahan Darjah Bunga Paulownia oleh Maharaja Akihito kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, merupakan antara kemuncak acara dalam siri lawatan ketiga Tun Mahathir ke Jepun pada tahun ini.

Menurut duta Malaysia, Datuk Ahmad Izlan Idris, darjah kebesaran kedua tertinggi negara itu bakal dianugerahkan kepada Perdana Menteri atas jasanya dalam mengukuhkan hubungan rapat antara Malaysia dan Jepun.

thevocket.com

“The Grand Cordon of the Paulownia Flower ini, secara tradisinya merupakan pingat atau darjah kebesaran tertinggi Kerajaan Jepun kepada penerima di kalangan pemimpin luar, khususnya Perdana Menteri serta Negarawan terbilang,” katanya.

Tambahnya, mengikut rekod, hanya terdapat dua sahaja penerima darjah berkenaan dari Asia iaitu bekas Perdana Menteri India, Manmohan Singh dan Perdana Menteri Singapura, mendiang Lee Kuan Yew.

Tambahnya, kali ini Tun Mahathir akan diiringi isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali, Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah, Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik, dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Darell Leiking, serta pegawai-pegawai kanan kerajaan yang lain.

Sumber: Astro Awani