Semalam tular di laman sosial negara kita dengan beberapa keping gambar pasangan sama cantik sama padan yang telah berkahwin dalam banjir di sempadan Malaysia-Thailand.

FB Meen Photographer

Kebanyakan warga laman sosial di negara kita menganggap ia unik dan pasangan tersebut yang juga berasal dari Thailand kelihatan gembira walaupun terpaksa mengambil gambar dalam banjir.

Walau bagaimanapun, pengantin lelaki, Syedbusri SyedBakar Alyahya, rupa-rupanya telah mempunyai seorang isteri dan tiga orang anak sebelum bernikah dengan isteri terbarunya itu.

Dilihat isteri pertama, Fateemah Syedstopa, mengeluarkan kenyataan di akaun Facebook miliknya untuk menjelaskan perkara sebenar.

“Saya merayu untuk hentikan semua posting negatif ini. Ini adalah demi maruah keluarga saya dan keluarga suami saya,” tulisnya.

Mungkin Fateemah telah mengetahui mengenai perkahwinan kedua suaminya dan dia tidak menyangka ia akan tular sebegini di laman sosial.

FB Meen Photographer

Berikutan itu, Syed Busri turut mengeluarkan kenyataan untuk memperbetulkan salah faham warga laman sosial yang telah ‘menyerang’ mereka di gambar-gambar perkahwinan terbarunya itu.

FB Meen Photographer

“Berdasarkan kisah yang telah viral itu, ada yang baik dan ada tidak baik, terpulang kepada anda sama ada ingin percaya ataupun tidak. Ianya terpulang kepada anda. Saya mengaku yang saya telah pun berkahwin dengan dua orang. Isteri pertama telah tahu mengenai hal ini sebulan sebelum,” ujarnya.

FB Meen Photographer

“Ramai yang menganggap saya telah kahwin lari. Sebenarnya tidak. Malah, isteri pertama saya juga datang untuk acara pernikahan isteri kedua saya itu. Saya tidak pernah buat perkara secara rahsia atau sembunyi. Ini adalah demi kebaikan agama,” jelasnya.

“Semoga Allah memberi Hidayah kepada anda semua. Saya sangat bersimpati kepada anda. Bagaimana anda mahu menjawab apabila menghadap Allah nanti,” katanya lagi.

Sumber: Oh Bulan