Masih lagi dalam mood raya, kini hujung minggu kita dipenuhi dengan undangan rumah terbuka sahabat handai serta saudara-mara. Resepi lemang dalam tin minuman tular di media sosial baru-baru ini hingga mendapat beribu perkongsian. Berikut adalah resepi lemang dalam tin:

Bahan

3 kg beras pulut
2 kg santan
Garam secukup rasa
Tin minuman
Daun pisang
Air secukupnya

Cara-cara

– Basuh beras pulut dan rendam dengan santan dan air.
– Tambah garam secukup rasa. Biar pulut terendam selama 1/2 jam.
– Bersihkan daun pisang dan masukkan dalam tin minuman yang telah dibersihkan.
– Seterusnya masukkan pulut dalam tin sampai paras yg dikehendaki.
– Masukkan santan sekali sama paras dgn pulut tadi.
– Bakar dalam oven selama 1 1/2 jam dengan suhu 180C atas bawah.
– Potong tin untuk keluarkan lemang.
– Siap! 😉

Sumber: Fb Denaihati Network & Nor Shafidah Mohamad