Jika anda mahu memasang RFID di kereta anda tetapi sukar untuk membuat temujanji dengan pihak Touch ‘n Go, bulan ini adalah waktu yang tepat untuk anda pasang RFID tanpa perlu membuat temujanji.

Promosi pemasangan RFID secara percuma tanpa temujanji hanya ditawarkan di sekitar Lembah Klang seperti yang dinyatakan di dalam laman Facebook rasmi Touch ‘n Go eWallet dan berlangsung pada bulan ini(April) sahaja.

Antara lokasi yang menyediakan pemasangan RFID ialah AEON Big Bukit Rimau, AEON Big Kepong, Berjaya Times Square KL, Empire Shopping Gallery Subang Jaya, Sunway Velocity Mall Cheras, Tesco Pusat Bandar Puchong, Tesco Extra Cheras, Tesco Setia Alam dan Tesco Bukit Tinggi Klang.

Pelekat khas RFID ini memudahkan urusan bayaran tol tanpa menggunakan alat peranti seperti SmartTag atau kad Touch ‘n Go anda.

Anda hanya perlu membawa beberapa dokumen penting seperti kad pengenalan, lesen memandu, geran kenderaan dan sebagainya.

Sumber: Fb Touch ‘n Go eWallet