Ramai di antara rakyat Malaysia yang menyukai makanan di dalam penerbangan Air Asia. Menu yang terkenal adalah Nasi Lemak Pak Nasser dan juga Nasi Ayam Uncle Chin yang digemari ramai. Tidak lama lagi, anda boleh mendapatkan makanan kegemaran anda di dalam penerbangan Air Asia itu tanpa menaiki kapal terbang!

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tony Fernandes berkata dalam satu temu bual bersama Larry King bahawa beliau mempunyai perancangan yang sedang berjalan untuk memulakan restoran makanan segera yang menawarkan makanan dalam penerbangan penerbangan Air Asia yang diminati rakyat Malaysia.

“Saya fikir makanan kami hebat, kami mempunyai kepercayaan terhadap makan ini dengan banyak sehinggakan kami akan memulakan restoran makanan segera. Ia dipanggil Santan,” kata Fernandes.

Gambar: SAYS

Santan adalah nama menu penerbangan di dalam AirAsia yang memasarkan makanannya sebagai “gourmet in-flight dining experience”. Fernandes berkata demikian sebagai tindak balas kepada soalan dari penonton ketika dia mempromosikan otobiografinya tahun 2017, “Flying High: My Story: Dari AirAsia hingga QPR”.

Sumber: The Star