Menjadi seorang artis sememangnya tidak akan lari daripada kecaman dan kritikan warga laman sosial boleh membuatkan golongan artis berasa tertekan.

Sebelum ini gemar lepaskan perasaan di laman Instagram, kini penyanyi Datin Alyah, 38 tahun, lebih suka menonton ceramah agama di Youtube untuk mengatasi tekanan dihadapinya.

“Secara peribadi, apabila saya rasa macam sedikit tertekan, saya bangun buka Youtube dan dengar ceramah agama. Itu antara cara saya atasi tekanan perasaan,” ujarnya.

“Kebiasaannya saya dengar ceramah Datuk Ustaz Kazim Elias dan Ustaz Khalid Basalamah atau ceramah-ceramah yang lawak. Apabila mendengar ceramah mereka membuatkan saya semakin kuat dalaman,” jelasnya.

“Saya ambil isi ceramah itu dan praktikkan mengikut kesesuaian, jadi bila saya live di laman sosial, saya akan kongsi dengan peminat,” tambahnya.

“Ada satu ayat yang saya pegang dan masih ingat, Allah sentiasa ada dengan kita dan mendengar masalah kita. Kalau sebelum ini mungkin lepaskan dekat Instagram, sekarang ini hanya dekat Allah,” sambungnya.

Sumber: mStar