Rindunya yang menebal terhadap arwah suami yang telah pergi mengingatkannya kepada satu amanat yang masih lagi belum ditunaikan.

Segalanya terungkai selepas membaca semula mesej terakhir arwah yang dijemput Ilahi, genap tiga minggu mereka berkahwin.

IG Ninie Rozaini

“Sayang bila I baca balik, I baru teringat sehari sebelum nikah you ada cakap suruh I sedekahkan mas kahwin I pada tahfiz atau masjid.

“Sampai you cakap you nak perkahwinan ni berkat dan kalau ada apa-apa jadi kat you… you dapat pahala. I minta maaf I lupa sangat sayang.

“Tahlil you Sabtu ni I tunaikan hajat you ye sayang. I minta maaf I betul-betul lupa terima kasih ya Allah sebab ingatkan,” tulisnya menerusi Instagram.

Sabtu lepas, Ninie telah menunaikan amanat itu pada kenduri tahlil arwah suaminya di kediamannya di Setia Alam. Selain ahli keluarga, rakan-rakan dan penduduk setempat, kira-kira 40 pelajar tahfiz turut hadir pada majlis tahlil itu.

Suaminya, Muhammad Husaini Jamil, 28, meninggal dunia selepas menjadi mangsa langgar lari di Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) dekat Subang, pada awal pagi 6 April lalu.

Sumber: