Tengah hari tadi, bekas Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak, didapati bersalah menyeleweng RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd.

Difahamkan, Najib disabitkan bersalah atas tiga pertuduhan pecah amanah jenayah(CBT), tiga pertuduhan pengubahan wang haram dan satu pertuduhan menyalahgunakan kuasa membabitkan dana SRC, bekas anak syarikat 1Malaysia Development Berhad(1MDB).

Sementara itu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan Najib untuk menangguhkan rayuan bagi meringankan hukumannya yang disabitkan bersalah atas tujuh pertuduhan membabitkan RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd.

Hakim, Mohd Nazlan Mohd Ghazali, memutuskan bahawa pihak pembelaan perlu mempunyai alasan yang kukuh untuk berbuat demikian.

“Alasan pembelaan bahawa mereka memerlukan masa untuk melihat latar belakang kes yang saya sabitkan kepada Najib tidak boleh diterima,” ujarnya.

Oleh itu, dia memutuskan bahawa rayuan meringankan hukuman diteruskan sekarang. Hukuman terhadap Najib akan dijatuhkan hari ini.

Sumber: Harian Metro