Berita baik bagi pengguna Lebuhraya Maju Expressway(MEX) kerana pada hari kemerdekaan Malaysia iaitu 31 Ogos 2019 nanti, anda bakal menikmati tol percuma di lebuhraya berkenaan.

Pengendali lebuhraya MEX, MAJU Expressway Sdn Bhd, akan menawarkan tol percuma bagi semua kelas pengguna bermula pukul 12 tengah malam 30 Ogos sehingga pukul 11.59 malam 31 Ogos depan.

“Laluan tol percuma ini bertujuan menyemarakkan lagi sambutan hari bersejarah ini dan boleh dinikmati semua kelas pengguna lebuh raya yang dianggarkan lebih 142,000 pengguna,” ujar Pengurus Jabatan Komunikasi Korporat dan Komersil MEX, Saiful Bakhri Mohd Annuar.

Selain itu, anda boleh mengikuti laman Twitter dan Facebook MEXTraffic atau hubungi hotline 03-83159111 untuk maklumat terkini mengenai tol percuma itu serta laporan trafik lebuhraya MEX.

Sumber: Harian Metro