Gambar: Thestraitstime

Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menamakan empat figura yang berpotensi menjadi perdana menteri di masa akan datang. Pendapat inni dikongsi oleh TMJ menerusi laman Twitter rasmi beliau dengan menamakan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Azmin Ali.

Tunku Ismail turut menamakan Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin dan Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar sebagai dua lagi nama pontensi menjadi PM masa depan.

Walaubagaimanapun, Tunku Ismail menjelaskan bahawa kenyataan itu adalah sekadar pilihan peribadinya sahaja dan bukan bersifat bersifat mahu mencampuri hal politik.

“Ini cuma pilihan saya, tidak mencampuri hal politik langsung, jadi jangan ada yang melatah. Anda tahu siapa yang saya rasa berpotensi menjadi perdana menteri terbaik satu hari nanti, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Seri Azmin Ali, Khairy Jamaluddin dan Nurul Izzah,” katanya dalam tweet berkenaan.

Sumber: Astro Awani