Kita sedia maklum terdapat sedikit perbezaan pendapat antara perdana menteri dengan Sultan Johor sebelum ini dilaporkan oleh pihak media.

Baru-baru ini, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, memberi reaksi kepada video Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengenai lebih baik tukar perdana menteri daripada memecat jurulatih JDT Benjamin Mora.

Menurutnya, persoalan siapa yang berhak memegang jawatan perdana menteri hanya boleh ditentukan oleh rakyat. Namun, Tunku Mahkota Johor(TMJ) pernah ditukar dahulu.

“Pada masa dulu, ada TMJ yang pernah ditukar kepada adiknya. Jadi, TMJ boleh ditukar. Perdana Menteri cuma rakyat boleh tukar,” katanya.

Difahamkan, itu merupakan ulasan Tun Dr Mahathir berdasarkan video Tunku Ismail Sultan Ibrahim walaupun Tun kini berada di China selama lima hari untuk menghadiri Forum Satu Jalur Satu Jalan (OBOR) bagi Kerjasama Antarabangsa(BRF) kedua.

Sumber: Astro Awani