Pernahkah anda terfikir siapakah yang akan menolong kita untuk memadam akaun media sosial selepas kita dijemput Ilahi?

Seorang pengguna Facebook, Nur Aliah Mohd Nor, berkongsi tips mudah untuk padam akaun Facebook jika pemiliknya sudah meninggal dunia.

Pasti ramai lagi yang tak tahu dekat facebook kita ada satu fungsi button ni yang dinamakan sebagai ‘Legacy Contact’.

Legacy contact ni bahasa mudahnya kita lantik seorang waris kita untuk handle akaun facebook kita dan orang itu boleh tolong delete akaun facebook tersebut.

Sebenarnya banyak lagi kelebihan dalam Legacy Contact ni. Anda boleh baca di bahagian komen post ini.

Kalau boleh password facebook kita biar keluarga kita tahu juga. Kalau berlaku apa-apa yang tak diingini mereka boleh Login facebook kita.

Sumber: Fb Nur Aliah Mohd Nor