Semua wanita mesti nak nampak cantik dan kurus. Mood wanita itu boleh bertukar menjadi Hulk sekiranya baju yang dipakai membuatkan wanita tersebut nampak gemuk.

Macam mana nak pilih pakaian untuk bagi ilusi supermodel ya? Jom ikuti tips dibawah.

1. Elakkan memakai pakaian yang membuatkan anda kelihatan seperti khemah

pinterest.com

Memakai baju pattern sebegini akan membuatkan anda nampak lebih gemuk dari biasa. Pakaian yang terlampau longgar tak sesuai untuk menyembunyikan kegemukan. Pilih baju mengikut saiz badan anda.

2. Pilih fabrik yang betul

fashionnova.com

Jangan sesekali memilih kain jenis stretchable. Pemilihan kain yang melekat di badan juga tidak seusai kerana akan menampakkan benjolan lemak di badan anda.

Pilih kain jenis cotton untuk nampak lebih kurus.

3. Pemilihan design baju

dolcegabbana.com

Bagi yang free hair, pilih collar bentuk V untuk mendapatkan efek leher yang lebih panjang.

Jika baju anda jenis berbutang atau jaket, pilih single breasted. Double breasted tak begitu sesuai untuk plus size.

4. Jangan memakai corak atau print yang besar

bustle.com

Memakai baju bercorak bunga besar bukan idea yang bagus lagi-lagi kalau anda seorang yang chubby. Tak salah nak pakai baju bunga-bunga asalkan bunga yang kecil ya.

Gemuk mahupun kurus, semua wanita berhak untuk berfesyen! Be confident!

Sumber: HubPages