Pastinya sekarang ini Stadium Nasional Bukit Jalil sudah dipenuhi dengan para penyokong daripada kedua-dua pasukan iaitu Malaysia dan Vietnam yang bakal berentap dalam perlawanan akhir pertama Piala Suzuki AFF 2018 pada malam ini.

Gambar sekadar hiasan

Kepada anda yang sedang dalam perjalanan ke sana atau sedang beratur, anda boleh baca sedikit info untuk penyokong-penyokong yang akan ke stadium malam ini:

1. Kaunter tebus tiket online

Penyokong yang membeli tiket secara online tetapi masih belum menebusnya, kaunter penebusan dibuka di Pintu D dan Pintu E sehingga jam 8 malam ini. Penyokong perlu datang awal bagi mengelak kesesakan di kaunter yang boleh menyebabkan kelewatan masuk ke stadium.

2. Masa pintu masuk dibuka

Pintu masuk ke stadium pula akan dibuka bermula dari jam 4 petang ini. Sepak mula adalah pada jam 8.45 malam, namun penyokong dinasihatkan untuk pergi ke stadium seawal mungkin.

3. Laluan bagi penyokong Malaysia

Bagi penyokong Malaysia, sebanyak 78 laluan masuk akan dibuka iaitu 16 laluan masuk di Pintu A (tiket grandstand RM50 dan tiket terbuka RM40) serta 16 laluan masuk di Pintu B, 30 laluan masuk di Pintu C dan 16 laluan masuk di Pintu D untuk tiket terbuka RM40 sahaja.

4. Laluan bagi penyokong Vietnam

Bagi penyokong Vietnam, sebanyak 16 laluan masuk akan dibuka di Pintu E sahaja.

5. Elak kesesakan

Sila datang awal bagi mengelak daripada beratur panjang dan kelewatan yang tidak diingini.

6. Guna pengangkutan awam

Penyokong juga digalakkan supaya menggunakan perkhidmatan LRT dan MRT yang telah dilanjutkan waktu operasinya sehingga 1 pagi bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas dan tempat letak kereta.

Sumber: Astro Awani