Bila sebut je bercuti ke luar negara, pasti ramai yang berfikir mesti mahal nanti kerana perbezaan matawang dan kos perbelanjaan di sana.

Namun, seorang pengguna Facebook, Suhaida Jamaludin, berkongsi pengalamannya bercuti ke India selama tujuh hari dengan harga yang berbaloi.

Menurutnya, dia membelanjakan sebanyak RM1,979 seorang dan bercuti secara backpacking bersama adik beradik, suami isteri, kawan tempat kerja, kawan sekolah tadika dan ramai lagi yang berjumlah 12 orang.

Pada hari pertama, Suhaida membelanjakan sebanyak 4,288 rupee iaitu Entrance Fee Chemasashi (288 rupee), sewa simcard dengan pemilik boat house (400 rupee), makan tengahari di boat house, (3000 rupee) dan air mineral 15 botol (600 rupee).

Kemudian, pada hari kedua pula mereka membelanjakan 34,010 rupee. Dapat main ski memang best! Dapat menikmati pengalaman baru di negara orang.

Selepas itu, mereka juga sempat menaiki kuda untuk sampai ke Baisan Valley atau lebih dikenali sebagai Mini New Zealand.

“Sebabkan dah sakit badan buat aktiviti horse riding dekat Pahalgham, so kami nak relax2 jer untuk Sonamarg,” ujar Suhaida dan sempat melawat Tulip Garden di sana.

Malah, dia juga sempat ke Kashmir, New Delhi dan Agra (Taj Mahal) pada hari kelima hingga hari ketujuh dan sempat membeli-belah di kawasan Delhi.

Jika anda mahu bercuti di Kashmir, India, anda boleh mencuba tips yang dikongsikan oleh Suhaida. Selamat bercuti!

Sumber: Fb Suhaida Jamaludin