Tiada passion dalam bidang perubatan, gadis ini nekad berhenti dan kini telah berjaya menjadi make up artist yang dikenali di Malaysia.

Shazreeyana Shukri atau mesra dengan panggilan Kak Love pernah mengambil jurusan medik selama setahun di Rusia di bawah tajaan MARA. Memang dari kecil impiannya nak menjadi doktor.

IG SHAZREEYANA SHUKRI

Namun, langit tidak selalunya cerah. Selama setahun di Rusia, Shazreeyana diuji dengan masalah kesihatan dan terpaksa menangguhkan pengajian kerana disahkan menghidapi ketumbunhan di ovari. Sampailah pada suatu masa, keluarganya mengetahui tetang situasi ini dan dia terus diarah pulang ke Malaysia.

Pembedahan pembuangan ovari berjalan dengan lancar. Dalam tempoh berehat, masanya diluangkan dengan menonton make up tutorial di Youtube. Dan dari situlah timbulnya minat ke arah solekan. Upah pertama yang diterima sebanyak RM50 membuatkan Shazreeyana tekad untuk mengasah bakat dan juga mempelajari teknik-teknik solekan dengan lebih mendalam.

“Sehingga last semester di UM, timbul rasa bahawa medik bukan jiwa saya. Bukan mudah nak jadi doktor. Sesi pembelajaran setiap tahun makin sukar. Job make up pula semakin meningkat. Bidang solekan ini, adalah minat saya yang saya beri sepenuh hati ketika melakukannya”.

Meminati bidang kecantikan dari kecil, Shazreeyana terinspirasi dengan ibunya yang juga mamiliki perniagaan salon. Banyak yang perlu dipelajari dan satu persatu pintu rezeki dibuka. WebsiteShazreeyanaShukri.com merupakan satu platform membeli belah barangan kosmetik dan skincare.

Kini, namanya semakin bersinar dalam industri solekan. Make up nya dipuja sampai ke Singapura. Sebut sahaja Shazreeyana Shukri, pasti ramai yang kenal. Pilihannya untuk berhenti menjadi doktor dan menjadi make up artist sepenuh masa merupakan pilihan yang tepat.

Semoga terus berjaya, Kak Love!

Sumber: Blog.MauKerja.My