Pelbagai cara kita lakukan untuk mendidik anak-anak kita supaya mereka dapat belajar untuk berdikari dan hidup susah agar mereka lebih menghargai kehidupan apabila mereka dewasa kelak.

Usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman, tak terkecuali dari mendidik anak-anaknya erti kesusahan walaupun dia merupakan seorang jutawan.

bkn senang nak didik anak supaya tau mcm mana erti kesusahan.. @ammarahyan @qadejah @baem_adham . . Saya mmg mengimpikan anak2 saya dihantar ke rumah orang yg biasa untuk belajar erti susah dan jgn terlalu selesa bila mempunyai mak ayah yg senang…berat sebnarya nak berpisah apatah lagi tgk semua menangis sampai saya sendiri berbelah bahagi nak teruskan atau tidak…tapi kami suami isteri tekad…ini cara kami didik anak kami.. supaya lebih dengar kata.. inyallah lps ni sy nak hntar sekolah pondok mcm sy dulu.. . . kalau nak tngok sambungan kehidupan sy dan family boleh subscribe youtube saya tvterlajaklaris kalau nak tngok episode mcm mana mereka meneruskan kehidupan tnpa kami.. @aididmarcello @mqproduction

A post shared by Ohabangkosmetik (@aliffsyukriterlajaklaris) on

Aliff Syukri dilihat memuatnaik video di akaun Instagram miliknya yang menunjukkan dia menghantar kedua-dua anak lelakinya iaitu Ammar Ahyan, 10 tahun dan Ibraheem Adham, 6 tahun tinggal di sebuah rumah berkemungkinan selama seminggu untuk belajar berdikari dan hidup susah.

“Abah dengan mama terpaksa buat macam ni sebab abah nak anak-anak abah menghargai apa yang ada selama ni. Bukan senang nak didik anak supaya tahu macam mana erti kesusahan,” luahnya.

Bukan mudah untuk mendidik anak erti kesusahan tapi tahniah diucapkan kepada Aliff Syukri kerana mahu mengajar anak-anaknya erti kesusahan semasa mereka masih kecil seperti sekarang.

Lain orang lain caranya. Mungkin masing-masing ada pendapat sendiri sama ada cara untuk melatih anak itu berkesan atau tidak.

Sumber: mStar