Kini semakin ramai yang sedar mengenai kebaikan menjaga kulit muka dengan betul terutama golongan muda kerana mahukan kulit yang sihat.

Seorang pengguna Facebook, Nauf Safuan, berkongsi tips untuk menghilangkan jerawat, kecilkan pori serta kulit berminyak dengan menggunakan timun sahaja.

Menurutnya, toner diperbuat daripada timun ini sangat sesuai untuk mereka yang mahu menghilangkan jerawat malah mampu mengecilkan pori dengan menggunakan toner ini. Jom cuba!

Bahan

1/2 timun
1/2 lemon
Penapis teh
Penyagat

Cara-cara

– Sagat timun hingga habis. Asingkan air timun dan hampas timun.

– Kemudian, ambil air timun dan campurkan dengan perahan lemon. (Sesuai untuk kulit berminyak, tak perlu campur lemon jika kulit anda tidak berminyak)
– Masukkan air campuran timun dan lemon tadi ke dalam botol kemudian simpan dalam peti sejuk.
– Boleh tahan sehingga dua minggu jika disimpan di dalam peti sejuk.

– Pakai dua kali sehari, iaitu sekali pada waktu pagi dan waktu malam.

Sumber: Fb Nauf Safuan