Untuk pengetahuan anda, tiket Perkhidmatan Tren Elektrik(ETS) bagi perjalanan 1 Februari hingga 30 April 2019 sempena cuti Tahun Baharu Cina tahun depan boleh dibeli mulai 2 Januari depan.

thestar.com.my

Keretapi Tanah Melayu Berhad(KTMB) memberitahu bahawa jualan tiket bagi ETS akan dibuka mulai 8.30 pagi hari berkenaan agar membolehkan orang ramai membuat perancangan awal terutama bagi mereka yang bakal menyambut perayaan Tahun Baru Cina dan akan pulang bercuti ke kampung halaman.

nst.com.my

Menurut KTMB, perkhidmatan ETS mengekalkan penyediaan 36 perjalanan sehari sahaja kerana kerja menaiktaraf infrastruktur dan sistem landasan berkembar Lembah Klang (KVDT) masih dalam fasa pelaksanaan.

Tiket boleh dibeli secara dalam talian melalui laman sesawang rasmi KTMB, www.ktmb.com.my atau aplikasi telefon pintar (KTM MobTicket) serta di kaunter tiket KTMB.

Sumber: Astro Awani