Bagi mereka yang mementingkan kesihatan kulit muka, anda pasti tahu kepentingan memakai sunscreen pada setiap hari, kan? Krim pelindung matahari membantu kulit anda daripada menjadi gelap, kusam serta mengurangkan kedutan akibat terkena sinaran UV berterusan pada waktu siang.

Jika anda baru berjinak-jinak untuk mengenali produk penjagaan kulit itu, di bawah ini ada lima jenis sunscreen terbaik anda boleh beli dan cuba:

Banana Boat – Sport Sunscreen Lotion SPF 110

phinemo.com

Untuk pengetahuan anda, krim pelindung matahari ini dirumus khas untuk menentang sinaran ultra violet dengan menggunakan bahan seperti UVAUVB, dan juga teknologi Avo Triplex bersama Avobenzone yang dapat menyerap sinaran matahari pada kulit.

Sunplay – Skin Aqua UV Moisturizing Gel

blogspot.com

Bagi jenama Sunplay pula, sunscreen jenis ini diperkaya dengan asid hyaluronik bagi memberi kelembapan pada kulit di samping tekstur yang sangat ringan serta tidak melekit apabila digunakan.

Avene – Very High Protection Tinted Cream SPF50+

ytimg.com

Avene ini sesuai untuk anda yang memiliki kulit jenis sensitif. Malah, ia diperkaya dengan thermal spring water, vitamin E, pre-tocopheryl untuk melindungi kulit anda daripada sinaran UV.

Nivea – Sun Protect & Moisture SPF50+

makeupandbeautyhome.com

Jenama Nivea sudah tidak asing lagi bagi produk krim pelindung matahari atau sunscreen. Produk ini mengandungi filter UVA dan UVB bagi melindungi kulit daripada sinaran matahari.

Biore – UV Aqua Rich Watery Essence SPF50+

Bagi produk ini pula, ia diperkaya dengan kandungan bahan seperti aqua micro capsules, asid hyaluronik dan campuran citrus bagi memberikan kesegaran serta melindungi kulit daripada matahari.

Sumber: Wanista