Kebiasaannya, kita akan bersenam seperti zumba atau aerobik sambil mendengar muzik rancak supaya dapat membakar semangat untuk bersenam.

Walau bagaimanapun, situasi amat berbeza sekali di Brunei Darussalam apabila mereka bersenam dengan alunan zikir dan nama-nama ALLAH contohnya dalam sebuah video yang dikongsi oleh seorang pengguna Facebook, Ismael Haris.

Melalui video itu, para peserta kelihatan sedang melakukan beberapa jenis senaman seperti regangan badan sambil berselawat yang dikendalikan seorang jurulatih senaman.

Menurutnya, mereka akan menggantikan alunan muzik dengan zikir memuji nama ALLAH setiap kali program senaman dianjurkan di negara tersebut.

Difahamkan, perkongsian video itu kini mendapat 476,000 tontonan, 4,700 tanda suka dan rata-rata netizen memberi komen positif di samping memuji dan mendoakan kesejahteraan negara Islam yang mengamalkan konsep patuh syariah tersebut.

Malah, ada juga sebahagian rakyat Malaysia berharap agar kita dapat menggunakan konsep yang sama sambil melakukan perkara yang menyihatkan badan.

Sumber: Sinar Harian & FB Ismael Haris