Difahamkan,bagi mereka yang terlibat dalam perjalanan rentas negeri bermula hari ini sehingga 10 Mei depan tidak dibenarkan sama sekali menggunakan perkhidmatan bas ekspres atau motosikal.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed, menyatakan bahawa perkara tersebut telah diberitahu oleh polis sebelum ini.

“Bagi perjalanan menerusi penerbangan pula perjalanan di Semenanjung Malaysia dibenarkan namun mereka yang mahu ke Sabah dan Sarawak perlu membuat permohonan secara dalam talian melalui platform disediakan (kerajaan negeri) sebelum membeli tiket penerbangan,” ujarnya.

Ketika ditanya mengenai bilangan individu menaiki kenderaan semasa perjalanan rentas negeri, Huzir menjelaskan peraturan mengehadkan hanya empat individu sahaja dibenarkan menaiki satu kenderaan.

“Bagaimanapun, ia bergantung pada budi bicara petugas sekatan jalan raya yang membuat pemeriksaan,” tambahnya lagi. 

Sumber: Bernama & Sinar Harian