Seorang mangsa dalam kejadian lif terhempas di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kerinchi, Kuala Lumpur, menceritakan kembali detik cemas yang dialaminya hari ini.

Ahmad Shahid Imran, 24 tahun, bersyukur kerana sempat memegang panel butang lif ketika lif sedang terhempas ke bawah.

“Namun setibanya di tingkat lima, pintu lif terbuka dan secara tiba-tiba terhempas ke bawah,” ujarnya.

“Ketika itu, keadaan kelam kabut kerana pintu lif tidak tertutup dan kami yang berada di dalam lif menjerit ketakutan,” jelasnya.

Menurutnya, kejadian tersebut berlaku semasa penduduk baru pulang daripada mengerjakan solat Jumaat.

Difahamkan, kesemua mangsa yang berada di dalam lif bergelimpangan selepas lif berkenaan terhempas menyebabkan orang ramai segera menghulurkan bantuan kepada mangsa yang terlibat.

“Ada yang tidak boleh bangun, termasuk seorang kanak-kanak dan orang kelainan upaya (OKU),” sambungnya.

Tambah Shahid, ia bukanlah insiden pertama yang berlaku di PPR Kerinchi, malah merupakan kejadian kedua selepas berlaku pada tahun lepas hingga menyebabkan seorang individu cedera.

Sumber: Harian Metro