Kini semakin banyak syarikat besar antarabangsa dan tempatan memulakan kempen menjaga alam sekitar dengan menghentikan penggunaan beg plastik serta mengurangkan penggunaan penyedut minuman atau straw di premis perniagaan mereka.

Terbaru, syarikat rangkaian makanan segera popular, McDonald’s, menjadi syarikat pertama di negara ini yang akan mengurangkan penggunaan straw di rangkaian restoran mereka.

Difahamkan, kempen “Say No to Straws” bakal dilancarkan pada awal bulan depan iaitu 1 Ogos di seluruh cawangan McDonald’s Pulau Pinang.

Kelihatan beberapa papan tanda mengenai kempen tersebut sudah mula diletakkan di beberapa cawangan untuk memberitahu pelanggan mereka bahawa selepas ini straw hanya akan diberikan kepada pelanggan jika mereka meminta dari kaunter.

Walau bagaimanapun, kerajaan negeri Selangor sedang mempertimbangkan pelaksanaan kempen serupa dalam masa terdekat.

Sumber: OMM