Bayi Ainul Mardhiah, 10 bulan, yang selamat menjalani pembedahan membuang ketumbuhan kanser ‘Germ Cell Tumor’, 10 Jun lalu, tidak memerlukan lagi prosedur pembedahan susulan.

Bapa Ainul, Ahmad Safiuddin Ahmad Razak, 24 tahun, menjelaskan bahawa doktor yang merawat anaknya memberitahu tiada lagi pembedahan susulan selepas semua ketumbuhan di leher anaknya telah berjaya dibuang.

Walau bagaimanapun, Ainul masih menggunakan trakeostomi (tiub pernafasan) pada leher untuk membolehkannya bernafas dengan baik.

“Setakat ini, tiada perkembangan terkini dimaklumkan doktor yang merawatnya, jadi kami tidak tahu bilakah Ainul boleh keluar dari hospital malah kami juga tidak diberitahu sampai bila trakeostomi akan digunakan,” jelasnya.

View this post on Instagram

Video Ainul untuk semua???

A post shared by _NurulErwani (@_nrlerwani) on

Menurutnya, prestasi kesihatan Ainul Mardhiah bertambah baik setiap hari dan pasukan perubatan yang memantaunya gembira melihat berat badan anak sulungnya itu bertambah.

Terdahulu, adik Ainul Mardhiah selamat menjalani pembedahan selama lima jam dan tumor seberat 200 gram yang membesar di dalam mulut Ainul Mardhiah dikeluarkan oleh sepasukan pakar diketuai Profesor David Dunaway.

Sumber: Harian Metro