Sempena mesyuarat Majlis Raja-Raja pada 31 Januari ini, tiada cuti diwartakan. Pusat Panggilan Kerajaan Malaysia (MyGCC) hari ini mengeluarkan kenyataan bahawa mesyuarat itu hanyalah istiadat melafaz dan menandatangani surat sumpah jawatan dan bukan hari pertabalan Yang Di Pertuan Agong.

Kenyataan itu juga menyebut bahawa sebarang tarikh bagi Pertabalan Yang Di Pertuan Agong akan diumumkan sejurus mesyuarat itu selesai.

Selain itu, Sultan Pahang Sultan Abdullah Ahmad Shah menyerahkan kepada Majlis Raja-Raja yang akan bersidang pada 24 Jan ini untuk mengumumkan pilihan calon yang terbaik sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 demi kebaikan negara.

Difahamkan, kemasyhuran Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah sebagai Sultan Pahang keenam pada hari ini membuka laluan untuk baginda dinamakan sebagai Yang Di-Pertuan Agong (YDPA) ke-16.

Sumber: Astro Awani