Seorang kanak-kanak lelaki terselamat daripada menjadi korban tsunami di Selat Sunda apabila menggunakan gitar milik kumpulan Indonesia, Seventeen, untuk terapung.

Akhmad Khowarizmi atau Azmi, 10 tahun, menggunakan gitar tersebut untuk menyelamatkan diri daripada gelombang tsunami yang melanda pantai Carita.

Semasa kejadian, Azmi bersama keluarga sedang menyaksikan persembahan kumpulan itu di kawasan pelancongan tersebut, lapor portal Liputan 6.

Google Maps

Datuknya, Ashari, 64 tahun, berkata keluarga mereka berada di hadapan pentas dan tidak sempat melarikan diri. Menurutnya, cucunya terselamat kerana dia menggapai gitar milik kumpulan terbabit untuk dijadikan pelampung.

Walau bagaimanapun, anak perempuan tunggalnya Ninil Ukhita Anggra Wardani, 38 tahun, terkorban dan ditemui pada Ahad lepas di sekitar Tanjung Lesung dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Kalirejo, Bangil, Pasuruan pada malam keesokan hari.

Sumber: Astro Awani