Kanak-kanak dan kartun memang tak boleh dipisahkan, malah mereka mudah terpengaruh dengan apa yang disampaikan oleh watak-watak dalam kartun tersebut.

Namun, tak semua kartun memberi kesan buruk dan ada banyak jenis kartun yang memberi kesan baik terhadap kanak-kanak yang menonton.


Seorang lelaki di laman Twitter, @SyedAkramin, berkongsi cerita mengenai anak lelakinya yang berusia tujuh tahun, Ferris, yang mahu berniaga kerana terpengaruh dengan watak kartun ditontonnya.

Menurutnya, Ferris sangat terpengaruh dengan watak Mael dalam Upin & Ipin, iaitu watak seorang kanak-kanak yang suka berniaga.

Ferris mula berniaga dua hari lepas di sebuah taman permainan dan berjaya menjual 20 kotak air pada hari tersebut.

Pencapaian Ferris amat membanggakan untuk seorang kanak-kanak kecil sepertinya yang juga baru melangkah ke alam persekolahan pada tahun ini.

Selain itu, ramai pengguna Twitter memuji semangat Ferris yang minat berniaga dan berdoa agar dia menjadi usahawan yang berjaya satu hari nanti.

Sumber: Twitter @SyedAkramin