Usahawan berjaya dan pengacara popular, Neelofa, berjaya menyelesaikan masalah visa dihadapinya sebelum ini dan telah berangkat ke Jeddah, malam tadi.

IG Neelofa

Dia menjelaskan perkara tersebut di laman sosial Instagram menerusi Instagram Story semalam.

“Alhamdulillah, akhirnya saya dibenarkan berlepas atas bantuan pelbagai pihak, terutamanya kepada Kedutaan Arab Saudi di Kuala Lumpur, pejabat kaunseling Islam yang membantu menguruskan visa saya,” ujarnya.

“Ramai tak tahu saya antara mereka terkandas atas masalah visa. Terima kasih kepada semua kerana membantu saya mendapatkan visa di saluran yang betul,” jelasnya.

“Tapi apapun, kita usahakan yang terbaik namun Allah yang memilih mereka untuk menjadi tetamu-Nya,” katanya.

Selain itu, pengacara cantik itu juga mengucapkan terima kasih kepada Zizan Razak dan Perunding Haji Furada (PPHF) kerana banyak membantunya dalam menyelesaikan masalah visa.

Sumber: Astro Awani