Bertugas sebagai anggota bomba sejak 24 Ogos 2014, allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim, 24 tahun, menerima kenaikan pangkat secara ‘Posthumus’ (kenaikan pangkat) dari gred KB19 ke KB22 (Pegawai Bomba Kanan II) dengan serta-merta.

astroawani.com

Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Mohammad Mentek, memberitahu bahawa kenaikan gred itu secara tidak langsung dapat membantu keluarga allahyarham untuk menerima bayaran pencen yang lebih tinggi daripada jawatan asal.

Menurutnya, urusan pampasan yang bernilai hampir RM200,000 juga akan diuruskan secepat mungkin oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat.

“Sebenarnya setiap anggota bomba telah mencarum dalam pelbagai insurans, persatuan kebajikan dan sebagainya. Jadi, kita akan segerakan demi meringankan bebanan ahli keluarga Allahyarham,” jelasnya.

Selain itu, Mohammad Mentek juga berasa sangat terharu dengan pengorbanan, sumbangan dan keberanian yang ditunjukkan oleh allahyarham Adib ketika menjalankan tugas dan sanggup mengenepikan keselamatan diri sendiri demi tugasnya.

Sumber: Sinar Harian