Dalam dunia sekarang yang mengagungkan kecantikan luaran, masih ada lelaki yang tak memandang dari kecantikan luaran untuk dijadikan pasangan mereka.

Seorang pengguna laman Twitter berkongsi kisah percintaannya bersama teman lelakinya yang menerimanya semasa dia berisi hingga kurus.

Menurut @Syahira_Mazlan, dia berterima kasih kepada pasangannya yang setia bersamanya sejak dulu lagi tanpa memandang paras rupa di mana ketika itu dia agak berisi. Berisi pun comel tau!

Berikutan berjaya mengurangkan berat badan, ramai yang meminta tips untuk kurus daripada Syahira dan kemudian dia berkongsi tips kurus secara sihat di akaun Twitter miliknya.

Dalam banyak-banyak tips yang diberi, tips makan ubat cacing dipertikaikan oleh seorang pengguna Twitter kerana dia menyatakan ubat cacing tak akan membuat seseorang lebih kurus jika dimakan.

Jelasnya, ubat cacing hanya membunuh cacing di dalam badan dan berkata bersenam serta memakan makanan sihat adalah cara yang betul untuk mendapatkan badan yang sihat.

Walau bagaimanapun, kisah percintaan Syahira ini dilihat sungguh luar biasa dan ramai yang mendoakan kebahagiaan mereka.

Semoga akan ada lebih ramai jejaka seperti pasangan Syahira ini memandangkan kita banyak mendengar kisah-kisah curang yang berlaku di sekeliling kita sejak kebelakangan ini.

Sumber: Twitter Syahira_Mazlan