Sebuah hotel baru terletak di negeri Terengganu iaitu Hotel Paya Bunga, memperkenalkan prinsip patuh syariah pertama di negeri tersebut membabitkan nilai pelaburan kira-kira RM90 juta mula beroperasi di sana.

sinarharian.com.my

Majlis perasmian hotel dirasmikan oleh Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar bersama isterinya, Tuan Faizah Tuan Ab. Rahman, Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk A. Rahman Yahya, Barisan Exco Kerajaan negeri serta Pengerusi Paya Bunga Hotel, Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali di hotel itu yang terletak di tengah-tengah pusat bandar raya ini di Kompleks PB Square, Jalan Tengku Embong Fatimah, Kuala Terengganu.

Difahamkan, perkara yang patuh syariah di hotel ini termasuk dari segi perkhid­matan, layanan, pemakaian, pe­nampilan dan sebagainya.

“Begitu juga ketika berada di kolam renang hotel ini, tetamu lelaki dan wanita dikehendaki memakai pakaian menutup aurat tetapi mereka perlu tidak diasingkan,” tambahnya.

ohmedia.my

Untuk pengetahuan anda, hotel setinggi 12 tingkat itu bermula tingkat enam hingga ke puncak bangunan menempatkan 208 bilik dan telah mula beroperasi 1 Disember lalu sebagai tempoh promosi yang telah berakhir semalam.

Menurutnya, buat masa ini hotel berkenaan dikategorikan hotel tiga bintang dan akan dinaiktaraf menjadi empat bintang dengan kapasiti lebih 400 bilik bakal disediakan untuk orang ramai.

“Sebagaimana dinyatakan sebelum ini kita akan teruskan mana-mana projek yang dilaksanakan kerajaan dahulu sekiranya ia memberi manfaat kepada rakyat dan ini termasuk Paya Bunga Hotel ini,” katanya.

Selain itu, Dr. Ahmad Samsuri turut menjelaskan harga promosi yang bermula 1 Disember lalu bermula daripada RM75 sehingga RM200 ke atas manakala bermula tahun baru hari ini, caj dikenakan pula bermula daripada RM200 sehingga RM2,000 ke atas untuk satu malam.

Sumber: Utusan Online