Jalur Gemilang merupakan bendera rasmi negara ini dan ia sepatutnya berkibar megah malah merupakan satu simbol lambang kemegahan rakyat Malaysia.

Baru-baru ini, tular di laman Facebook mengenai seorang lelaki berpakaian ala tentera berjalan di tengah kesibukan lebuh raya dan mengutip bendera Malaysia yang berada di tengah penghadang jalan raya.

“Inilah hati dan jiwa setiap tentera, setiap bekas tentera, setiap keluarga tentera, setiap penyokong tentera. Bukan bendera yg kami puja, tapi kami faham nilai harga dan makna yg ada di bendera kita!” tulis Mohd Fitri di laman Facebook.

Malah, warga laman sosial turut memuji tindakan dilakukan oleh tentera itu dan menganggap tindakannya itu patut dicontohi dan dihormati.

Sempena bulan kemerdekaan ini, mungkin anda juga boleh lakukan sesuatu seperti perkongsian di atas ini untuk menunjukkan semangat cintakan negara.

Sumber: FB Mohd Fitri