Pemandangan longgokan sampah di tepi jalan boleh dikatakan agak banyak kita lihat terutama di kawasan luar bandar.

Pantang ada seorang buang sampah di tempat tertentu, pasti akan ada orang lain akan membuang sampah di lokasi sama sehinggalah longgokan sampah semakin bertimbun dan mengeluarkan bau serta pandangan kurang menyenangkan.

Baru-baru ini, seorang pengguna Facebook, Man Fazli , berkongsi beberapa keping gambar didakwa di kampung Panji Alam, Kuala Terengganu, Terengganu, yang ‘mengubahsuai’ tempat longgokan sampah menjadi kubur.

Mungkin penduduk kampung tersebut sudah tidak tahan melihat longgokan sampah yang banyak di tepi jalan tersebut hingga mendapat idea untuk membersihkan kawasan tersebut dan membuat replika kubur agar orang tidak berani lagi untuk membuang sampah di lokasi berkenaan.

Malah, warga laman sosial turut menyokong tindakan tersebut kerana ia dilihat sebagai salah satu cara untuk memberi pengajaran kepada orang ramai supaya tidak membuang sampah di tepi jalan.

Sumber: FB Man Fazli (Group Kuala Terengganu Residen)