Ekoran beberapa kejadian serius membabitkan pengasuh sejak kebelakangan ini, Kementerian Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat (KWKPM) menjangka semua agensi kerajaan menyediakan taman asuhan kanak-kanak (taska) di premis mereka pada 1 Januari tahun depan.

Gambar sekadar hiasan

Menurut Menteri KWKPM, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, langkah itu harus diambil supaya dapat memberi kemudahan kepada pekerja mempunyai anak kecil terutama kepada mereka yang bekerja mengikut syif.

Bahkan, satu jawatankuasa khas akan diwujudkan bagi meningkatkan keselamatan kanak-kanak di bawah jagaan pusat taska di seluruh negara.

Gambar sekadar hiasan

“Jawatankuasa ini akan mengawal selia keperluan untuk mewajibkan pengasuh kanak-kanak berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat, mengadakan kerjasama dengan Jabatan Peguam Negara untuk sebarang kes salah laku berkaitan, serta mengkaji kos terlibat dalam pengurusan pusat asuhan kanak-kanak,” jelasnya di sidang Dewan Rakyat ketika menjawab persoalan daripada Siti Zailah Mohd Yusoff (PAS-Rantau Panjang).

Sumber: Astro Awani