Minggu lepas penyanyi cantik manis, Tasha Manshahar, mendirikan rumahtangga bersama penyampai stesen radio Zayan FM, Raqib Majid, dalam suasana yang meriah.

Keistimewaan majlis akad nikah pasangan itu adalah apabila pengantin lelaki membacakan surah Al-Fatihah dengan suara lantang di ruang Masjid Jamek Kajang.

Menurut akaun Instagram Raqib, dia sebenarnya berhajat untuk menghadiahkan mahar bacaan surah tersebut kepada isterinya.

Tasha dilihat menahan sebak hingga menitiskan airmata apabila mendengar bacaan surah daripada suami yang baru dinikahinya itu.

Tujuan Raqib membaca Al-Fatihah adalah sebagai tanda dia bersyukur kepada Allah SWT kerana menyatukan cinta mereka berdua.

Malah, kalimah-kalimah itu juga yang membesarkan dia dan keluarganya serta berharap mereka berdua akan terus mencintai Al-Quran hingga ke syurga.

Sumber: IG Raqib Majid