Bagi anda yang mahu membuat rayuan Bantuan Prihatin Nasional (BPN), Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia(LHDN) memaklumkan bahawa tarikh akhir permohonan rayuan adalah pada 31 Mei (Ahad) ini.

Menurut kenyataan LHDN, rayuan BPN boleh dibuat dengan mengemukakan dokumen sokongan dengan hadir ke cawangan LHDNM atau mengemukakan e-mel ke rayuanbpn@hasil.gov.my.

“Pemohon boleh merujuk Soalan Lazim (FAQ) BPN yang dimuat naik pada portal rasmi BPN untuk mendapatkan maklumat lanjut,” tulisnya.

“Selain itu, sebarang pertanyaan dan maklum balas berkaitan juga boleh dimajukan kepada LHDN melalui Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 / 603-89111100 (Luar Negara), HASiL Live Chat, Borang Maklum Balas di portal rasmi LHDNM dan media sosial LHDN,” katanya.

Sumber: Sinar Harian