Sudah tentu ramai rakyat malaysia tahu tentang tragedi yang melanda Highland Towers pada 11 Disember 1993 yang mana bangunan apartmen tersebut telah runtuh dan meragut lebih daripada 48 nyawa.

Tragedi yang berlaku sejak 25 tahun lalu menimbulkan pelbagai kesan terhadap rakyat Malaysia khususnya keluarga mangsa yang terkorban di situ.

Gambar: Rojakdaily

Highland tower telah menjadi salah satu lokasi yang paling seram di Malaysia susulan dari tragedi tanah runtuh di situ. Bukan itu sahaja, ia juga telah menimbulkan ketakutan terhadap rakyat Malaysia dan terdapat banyak juga khabar angin mengenai makhluk halus yang dikatakan berlegar-legar di kawasan terbiar tersebut sehingga menarik perhatian pasukan paranormal.

Baru-baru ini, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin mengesahkan bahawa Jawatankuasa Pembangunan Semula Jadi Highland Towers telah mengadakan perjumpaan sebanyak lima kali berturut-turut untuk membincangkan tentang isu tapak, keadaan, kekuatan, kelemahan serta impak tapak Highland Towers sekiranya tapak tersebut dibangunkan semula.

Istilah dibangunkan semula bukanlah merujuk dalam bentuk kediaman, tetapi dalam bentuk sebuah taman rekreasi yang ceria dan menyeronokkan.

Ketidakstabilan tanah adalah berkemungkinan besar menjadi penyebab runtuhnya Highland Tower. Zuraida Kamaruddin mengatakan bahawa punca utama tersebut tidak menjadi penghalang untuk menukar dan membangunkan sebuah taman rekreasi yang akan menjadi lokasi kegemaran bagi seisi keluarga.

Rakyat Malaysia dikatakan sangat gemar dengan kawasan yang berkonsepkan taman dan santai, jadi mengapa tidak mereka memperoleh sebuah lagi taman rekreasi yang menarik selepas ini.

Gambar Sekadar Hiasan

Namun demikian, beliau mengulas lanjut bahawa perkara ini masih lagi berada dalam fasa perancangan. Pada bulan Jun yang lalu, timbul ura-ura tentang rancangan untuk projek pembinaan projek perumahan untuk rakyat B40 di tapak kondominium Highland Towers. Perkara ini masih lagi dibincangkan dan diteliti dengan lebih mendalam.

Kajian spesifik dan teliti juga perlu dilakukan bagi memastikan tidak ada perkara yang tak diingini berlaku di masa akan datang. Perancangan ini juga dikatakan sedikit sebanyak memberikan khabar gembira kepada semua rakyat Malaysia.

Sumber: Deenamik