Sebelum ini, Tan Sri Dr Rais Yatim, 76 tahun, dilihat mengkritik kerajaan terdahulu dan menghadiri kempen yang dijalankan oleh pembangkang semasa Pilihan Raya Umum 14 (PRU14) yang lepas.

Berikutan kelantangannya mengkritik kerajaan terdahulu, dia dipecat daripada Umno bersama dengan pengkritik lain yang lantang bersuara, Tun Daim Zainuddin dan Tan Sri Rafidah Aziz, lapor mStar.

mstar.com.my

Kini, Rais Yatim dikhabarkan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan menerima kad keahlian daripada Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad pada Majlis Iftar PPBM di Putrajaya, semalam.

Selain Dr Mahathir, Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Timbalan Presiden PPBM, Datuk Seri Mukhriz Mahathir turut menyertai majlis iftar tersebut.

Sumber: Harian Metro