Mulai hari ini hingga 27 Oktober depan, semua taman awam di bawah seliaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur(DBKL) ditutup kepada orang awam sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat(PKPB).

Menurut kenyataan pihak DBKL, antara taman-taman awam yang terlibat ialah Taman Botani Perdana, Taman Awam Bukit Kiara, Taman Tasik Titiwangsa, Taman Tasik Manjalara, Taman Metropolitan Kepong, Taman Metropolitan Batu, Taman Tasik Datuk Keramat dan Taman Tasik Permaisuri.

Selain itu, Taman Bukit Jalil, Taman Rekreasi Pudu Ulu, Taman Tasik Ampang Hilir, Taman Alam Damai, Taman Dusun Bandar, Taman Tasik Danau Kota, Taman Tasik Sri Rampai, Taman Kejiranan Ayer Panas dan Taman Rimba Bukit Kerinchi turut ditutup kepada orang awam.

bharian.com.my

“Dalam tempoh itu, semua tandas awam di dalam taman seliaan DBKL juga ditutup, manakala tandas awam di kawasan bandar masih beroperasi seperti biasa,” tulisnya.

Malah, kesemua kemudahan sukan di bawah seliaan DBKL juga ditutup sepanjang tempoh PKPB.

Sumber: Harian Metro