Sejak kebelakangan ini negara kita dikejutkan dengan beberapa kes bayi didera pengasuh sampai ada yang menjadi kes mahkamah kerana dipercayai mendera anak asuhan hingga meninggal dunia.

Kini, lebih ramai ibu bapa yang takut untuk meninggalkan anak mereka ke pengasuh kerana risaukan keselamatan anak mereka.

Malah, ada yang mengambil keputusan untuk berhenti kerja kerana mahu menjaga anak sendiri dan menjadi surirumah sepenuh masa.

Jika anda takut hantar anak ke pusat asuhan kanak-kanak, apa kata anda mengambil inisiatif lain dengan memiliki dua barang wajib ada untuk memantau anak anda jika anda mahu menjaga sendiri di rumah.

Motorola Digital Audio Baby Monitor MBP8 ini membantu ibu bapa untuk mendengar aktiviti anak anda semasa anda sedang sibuk di dapur, ruang tamu atau sedang membuat kerja rumah.

Ia dilengkapi dengan mikrofon yang mempunyai sensitiviti tinggi, kawalan bunyi, Out-of-Range Alert, lampu pada waktu malam serta petunjuk aras bunyi pada harga RM185. Anda boleh mendapatkannya di sini.

Selain itu, Chris VB601 2.4G Wireless Baby Video Monitor bukan saja dapat membantu anak anda tidur dengan lagu-lagu menenangkan, malah anda dapat melihat pergerakan anak anda melalui kamera disediakan termasuk kelebihan Night Vision.

Anda juga boleh berinteraksi dengan anak anda kerana produk ini dilengkapi audio dan bateri mampu bertahan sehingga lapan jam. Saiz pula lebih kecil dan mudah untuk dibawa ke mana-mana dan ia mempunyai pelbagai bahasa termasuk English, French, Spanish, Italian, Germany.

Jangan lepas peluang untuk memiliki produk ini kerana ia mempunyai diskaun sebanyak 41% dan dijual pada harga RM134.03 sahaja. Boleh dapatkannya di sini.