Perkahwinan ‘ekspres’ dilihat semakin menjadi pilihan rakyat negara ini untuk kahwin lari atau kahwin dua. Walau bagaimanapun, tidak semua nikah ekspres boleh dianggap sah mengikut hukum syarak.

Pensyarah Pusat Fiqh Kontemporari dan Pematuhan Syariah, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Zuliza Mohd Kusrin, memberitahu bahawa ia perlu mengikut rukun nikah dan syarat ditetapkan.

Menurutnya, jika ia menepati rukun nikah dan syarat rukun, maka perkahwinan itu sah mengikut syarak kerana hukum syarak dan enakmen undang-undang perlu berjalan serentak, barulah ia mematuhi peraturan.

Gambar sekadar hiasan

“Kahwin ekspres ada juga nama lain seperti kahwin sindiket, nikah sorok-sorok, semuanya sama. Dari segi undang-undang, ia adalah salah namun perlu juga dilihat adakah sah perkahwinan itu,” jelasnya.

“Ada kes wali nasab sendiri menikahkan pasangan. Maka, bila rukun nikah dipatuhi dan cukup syaratnya, maka perkahwinan itu sah di sisi syarak,” sambungnya.

“Tapi jika dinikahkan oleh bukan wali nasab, perkahwinan itu dianggap tidak sah. Jika tidak sah dari segi syarak, sudah semestinya tidak mematuhi undang-undang,” katanya.

Sumber: Astro Awani