Ramai mengambil kesempatan untuk shopping raya di saat akhir bila tibanya minggu terakhir Ramadan ini. Ada yang baru mempunyai masa dan mendapat gaji, baru dapat cuti dan cuti sekolah baru saja bermula.

Minggu terakhir Ramadan juga merupakan minggu paling sibuk bagi golongan wanita kerana mereka mahu mencari kuih raya untuk dihidang pada pagi raya Aidilfitri nanti.

Ha, tak lengkap raya anda jika anda tidak membeli lima jenis kuih raya “wajib” di bawah ini yang masih diminati oleh orang ramai dari dulu hingga sekarang:

1. Cornflakes Madu

Boleh dikatakan semua tetamu menggemari kuih raya popular ini. Dah la sedap, mudah disediakan pula tu!

2. Tart Nenas

Tart nenas mempunyai pelbagai corak yang berbeza tetapi ia paling cepat habis kerana jem nenas yang digunakan untuk membuat kuih raya ini memang lazat.

3. Almond London

Kanak-kanak paling suka makan kuih raya ini kerana ia disaluti coklat dan mempunyai satu biji badam yang besar di dalamnya. Tak cukup kalau ambil satu, mesti ambil lebih.

4. Semperit

Biskut semperit tak lapuk ditelan zaman dan masih mempunyai permintaannya tersendiri. Rasanya yang manis berlemak serta tekstur rapuh membuatkan ia disukai ramai.

5. Batang Buruk

Kuih batang buruk dihasilkan oleh kulit popia dan disalut dengan campuran kacang hijau ini merupakan kuih raya wajib ada. Walaupun ia kelihatan kurang menarik berbanding kuih raya lain, tetapi rasanya memang sedap!

Sumber: Cari