Beberapa pegawai tinggi di kawasan pentadbiran Gowa, Sulawesi Selatan, Indonesia, berdepan risiko kehilangan pekerjaan berikutan mereka tidak fasih membaca al-Quran.

Gambar sekadar hiasan

Menurut laporan Thejakartapost, Ketua Daerah Gowa, Adnan Purichta Ichsan, menjelaskan bahawa dia memberi tempoh selama enam bulan untuk pegawai tersebut memperbaiki bacaan masing-masing atau bakal dibuang kerja.

“Ia berdasarkan perjanjian yang sudah ditandatangani,” ujarnya kepada tribunnews.com.

Difahamkan, seramai 14 daripada 76 pegawai tinggi beragama Islam baru dilantik dalam pentadbiran itu gagal dalam ujian membaca al-Quran.

Gambar sekadar hiasan

Untuk pengetahuan anda, ujian itu adalah sebahagian proses pengambilan terbuka pegawai tinggi untuk kawasan pentadbiran Gowa.

“Kebolehan membaca al-Quran secara fasih antara kriteria yang perlu dipenuhi sebelum memegang jawatan tinggi di kawasan pentadbiran Gowa,” jelas Ketua Bahagian Pentadbiran Sumber Manusia, Muh Basir.

Sumber: Harian Metro