Pesalah trafik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur(DBKL) yang gagal membayar kompaun atau saman telah disenaraihitamkan dalam sistem Jabatan Pengangkutan Jalan(JPJ) atas arahan mahkamah.

Gambar sekadar hiasan

Berikutan itu, sesiapa yang gagal melunaskan kompaun berkenaan tak boleh memperbaharui lesen memandu atau cukai jalan dengan JPJ.

Menurut jurucakap JPJ, mereka yang disenaraihitam dalam sistem JPJ harus membayar kompaun DBKL sebelum meneruskan urusan.

“Kami mempunyai sistem bersepadu dengan pihak DBKL yang mana pesalah trafik yang gagal melunaskan kompaun akan disenarai hitam. Bukan DBKL dan bukan JPJ, ini adalah atas perintah mahkamah,” katanya.

Gambar sekadar hiasan

Difahamkan, kerjasama dengan DBKL sudah lama dilaksanakan tetapi baru-baru ini DBKL menekankan perkara tersebut selepas tempoh diskaun kompaun yang dijalankan pihak DBKL tamat pada bulan lepas.

“Sehingga kini PBT(Pihak Berkuasa Tempatan) yang memegang status bandar raya seperti Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) juga sudah bekerjasama dengan pihaknya sejak beberapa tahun lalu,” ujarnya.

Sumber: Berita Harian