Baru-baru ini, bandar Taiping yang terletak di negeri Perak menjadi bandar ketiga terbaik dunia dalam kategori Anugerah 100 Destinasi Lestari Terbaik Dunia semasa Anugerah Peringkat Antarabangsa Bagi Pelancongan Lestari Dunia 2018 yang berlangsung di Berlin, Jerman.

suaraperak.com

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Taiping(MPT), Datuk Abd Rahim Md Ariff, memberitahu bahawa dia gembira dengan kejayaan itu kerana ia adalah kejayaan bersama seluruh komuniti untuk memastikan kelestarian bandar tersebut.

Difahamkan, ini pertama kali bandar Taiping menerima anugerah berprestij serta bertaraf dunia itu walaupun pernah menerima beberapa anugerah lain sebelum ini.

utusan.com.my

“Harapan saya semua agensi yang melaksanakan undang-undang berkaitan kelestarian alam sekitar dan pembangunan mampan perlu terus komited melaksanakan tanggungjawab masing-masing supaya bandar ini terus dilestarikan,” ujarnya.

“Seluruh penduduk dan komuniti bandar ini perlu terus berusaha memastikan kawasan bandar ini sentiasa bersih, terpelihara dan terhindar dari kekotoran sampah serta kerosakan alam sekitar,” sambungnya.

thevocket.com

Untuk pengetahuan anda, beberapa kawasan lestari dan kekal dipelihara di Taiping ialah Hutan Paya Larut Matang, Kampung Dew, Kuala Sepetang, Kuala Trong, Bukit Larut, Taman Tasik Taiping, Zoo Taiping & Night Safari serta Batu Kurau.

Selain itu, tempat pertama anugerah itu dimenangi oleh bandar Ljubijana di Slovenia dan tempat kedua dimenangi oleh bandar Vancouver di Kanada.

Sumber: Harian Metro