Isteri Tunku Mahkota Johor(TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, iaitu Che Puan Khaleeda Bustamam, selamat melahirkan cahaya mata ketiga malam tadi.

TMJ berkongsi berita gembira itu di laman Facebook rasminya pada awal pagi ini. Menurutnya, isterinya selamat melahirkan bayi lelaki.

FB HRH Crown Prince of Johor

“Alhamdulillah. YM Che Puan Khaleeda telah selamat melahirkan seorang Putera Raja. Allah peliharakan sultan,” tulisnya.

FB HRH Crown Prince of Johor

Difahamkan, kelahiran terbaru ini merupakan putera kedua buat pasangan diraja itu selepas Tunku Iskandar Abdul Jalil Abu Bakar Ibrahim yang kini berusia dua tahun.

Pasangan ini juga dikurniakan seorang puteri, Tunku Khalsom Aminah Sofiah, tiga tahun, yang merupakan cahaya mata sulung mereka.

Sumber: Astro Awani