Pasangan pelakon, Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin, telah selamat menimang cahaya mata terbaru pagi tadi pada pukul 9.15 pagi di KPJ Ampang Puteri.

Menurut perkongsian Shaheizy Sam di laman Instagram, dia bersyukur kerana kini mereka sekeluarga bukan saja bertiga dengan anak lelaki sulungnya, tetapi sudah berempat dengan kehadiran cahaya mata terbaru.

Malah, anak perempuannya yang baru lahir itu juga merupakan satu anugerah yang tidak ternilai buat ibu Shaheizy Sam, Khaty Fauziah, kerana hari ini merupakan hari lahirnya.

IG Syatilla Melvin

Dilihat ramai rakan artis sempat memberikan ucapan tahniah kepada pasangan ini dengan kehadiran bayi perempuan yang belum diumumkan nama lagi kepada umum. Tahniah Shaheizy Sam dan Syatilla!

Sumber: IG Shaheizy Sam