Baru-baru ini, Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuiddin Shah telah dilantik sebagai Penaung Pusat Pengajian Asia Tenggara di Universiti Oxford.

Gambar sekadar hiasan

Difahamkan, pusat tersebut baru saja dibangunkan dan dijangka dapat membantu mewujudkan peluang seperti penyelidikan dan pengajaran. Malah, pusat itu terbahagi kepada beberapa jabatan seperti Geografi dan Alam Sekitar, Antropologi dan Etnografi Muzium, Politik dan Hubungan Antarabangsa, Pengajian Pembangunan dan Sejarah.

Di samping itu, titah baginda Sultan Perak ialah dengan adanya pusat ini, universiti nombor satu dunia tersebut mampu untuk memberikan sumbangan dalam bidang pendidikan global menerusi penyelidikan dan pembelajaran Pengajian Asia Tenggara selain dapat memberi manfaat kepada penduduk di negara-negara ASEAN.

Untuk pengetahuan anda, baginda sebelum ini pernah dilantik sebagai Canselor Universiti Malaya selain memegang jawatan sebagai Duta Khas Malaysia di Dialog Antara Ketamadunan dan Kepercayaan di Kesatuan Ketamadunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa bersatu serta Pengerusi Bersama Panel Tertinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dalam Pembiayaan Kemanusiaan.

Sumber: The Vocket